Pernah didengar, musuh adalah orang terbaik untuk kita tahu apa yang terbaik untuk kita.Tapi tak semua musuh itu bagus, dependla situasi. Statement ni memang setuju sgt, sbb musuh mestilah benci kita kan, setiap kesalahan kita dan orang yang dia benci dia sebut. Yang bestnya, benda yang kita rasa baik, ok itulah yang salah di matanya. Hubungan persahabatan selama bertahun-tahun pun boleh hancur. Percaya punya pasal. Musuh ni sentiasa cari jalan nak jatuhkan kita, kalo kita tak kuat, hati kita rapuh, bila-bila kita boleh jatuh. Sebaikmanapun kita, kalo sentiasa diusik dan dibisik dengan kata-kata dari musuh, sedikit sebanyak akan kekal dalam fikiran kita. Silap sikit, mulalah nak terkena hasutan musuh. Orang putih susah nak dijatuhkan even ekonomi teruk pun sedangkan orang melayu nak jatuh pula senang je, melalui kata-kata, mudah, free je, guna air liur je. Cucuk sana sikit, tambah perasa sikit, termakan sikit je kata-kata mulalah gaduh sana, gaduh sini. Sukar juga nak kawal diri dari terkena hasutan, oleh itu, sentiasala muhasabah diri.hurm...
Kawan,
Bila-bila boleh jadi lawan,
walau sebaik mana kita berkawan,
silap sikit termakan hasutan,
mudahnya berlakunya pergaduhan.
Katanya selamanya berkawan,
Kau dan aku tiada sebarang perselisihan,
Tapi bila adanya permasalahan,
Mudahnya berakhir hubungan.
Lamanya usia perkenalan,
Aku percaya kau tetap teman,
Selamanya walau Cuma seketika perkenalan,
Kerana persahabatan itu bukan permainan,
Lawan,
Tak disangka menjadi teman,
Tapi tak semua lawan itu kawan,
Bisanya seorang lawan,
Menjadi racun dalam kehidupan,
Walau seketika Cuma tak inginku berkenalan,
Namun kerana keperimanusiaan,
Masih tetap ku anggap teman,
Ku sedar ada lagi lawan terbesar selain kau lawan,
Hati yang mudah diusik perlu diperkuatkan,
Hindari dari terkena hasutan syaitan,
Yang akan memusnahkan suatu persaudaraan,
Persaudaraan antara kau dan aku,
Lawan dan juga kawan.
No comments:
Post a Comment