Monday, November 14, 2016

Bagaimana untuk berjaya dalam subjek Prinsip Perakaunan?

Prinsip Perakaunan...

Sukarnya...

Eh...tidaklah...

Ikut je apa cikgu ajar...

Tapi kenapa asyik gagal je ni...

Macam mana tak gagal...

Asas perakaunan sangat la lemah...

Pemahaman bahasa menjadi penghalang...

Bahasa Melayu pun lemah, lagi nak ajar dalam Bahasa Inggeris...

Oh...pening kepala...


Asas Perakaunan sangat la penting...

Kalau faham, semestinya memudahkan pelajar...

Apa yang patut tahu berkenaan asas perakaunan?

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

1. Apa itu aset ?

Ringkasnya : aset ialah harta.
Harta yang boleh digunakan sebagai alat bantuan perniagaan atau untuk mendapatkan keuntungan.
Harta yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang atau pendek.
Senang kata, harta yang dijaga dan tidak mudah dicampak-campak
Contoh aset : tunai di tangan, tunai di bank, penghutang, premis, kenderaan, perabot, stok (barang niaga)

Yela...ada tak sesiapa kat sini sesuka hati buang duit tunai ke dalam tong sampah?
Senang-senang beri rumah atau kenderaan kepada entah sesiapa?

Nampak macam tak logik...
Tapi masih ada pelajar tak faham juga apa itu aset...

2. Apa itu liabiliti?

Ringkasnya : liabiliti ialah tanggungan atau bebanan atau hutang.
Hutang yang didapati untuk membantu menjalankan perniagaan.
Hutang yang boleh diselesaikan dalam jangka masa panjang atau pendek.
Eh....kenapa nak ada hutang?
Yelah, masa mula-mula buat perniagaan, tak semua mampu dibayar dengan tunai...
jadi, dengan adanya kemudahan hutang, boleh bantu perniagaan untuk jalankan perniagaan...
bila dah dapat untung, boleh bayar sikit-sikit..
dan selebihnya dijadikan sebagai modal untuk dapatkan untung lagi...
Contoh liabiliti : overdraf bank, pemiutang, pinjaman

Apa tu overdraf bank?
Overdraf bank tu adalah pinjaman jangka pendek perniagaan yang diberi oleh bank..
selalunya untuk perniagaan yang telah lama menggunakan akaun bank tertentu.
diberi jika bank sudah ada rekod aliran keluar masuk duit perniagaan.
perniagaan yang mempunyai aliran keluar masuk duit dari akaun bank yang baik, memberi keyakinan kepada bank bahawa perniagaan dapat membayar balik pinjaman dalam jangka masa yang terdekat.

3. Apa itu ekuiti pemilik?

Ringkasnya : ekuiti pemilik ialah rekod pelaburan oleh pemilik dalam perniagaan.
Dalam ekuiti pemilik, ada rekodnya modal yang dilaburkan oleh pemilik...
tanpa modal, perniagaan tidak dapat dijalankan...
tak kira banyak atau sedikit, modal sememangnya membantu perniagaan untuk meneruskan urus niaga
dalam ekuiti pemilik, ada butiran untung bersih yang diperoleh perniagaan
melalui untung bersih ini lah,perniagaan akan menambahkan modal perniagaan untuk meningkatkan untung sedia ada perniagaan....
dalam ekuiti pemilik juga, ada dicatat butiran ambilan...
yang mana ambilan ialah butir yang membuktikan sekiranya pemilik ada mengambil apa-apa aset perniagaan untuk kegunaan peribadi...

ingat eh...
perniagaan dan urusan peribadi adalah dua perkara berbeza...
jangan sesekali dicampurkan...

Itu sahaja mukadimah pengenalan untuk asas perakaunan yang sering kali dianggap sukar oleh pelajar...

Akan cuba diupdate lagi akan datang...
sekian...


No comments:

Post a Comment