Showing posts with label Nukilan ANF. Show all posts
Showing posts with label Nukilan ANF. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Teacher knowledge...

Kebosanan yang melanda,
di samping ketekanan yang dirasai kerana final exam,
jari ni laju sahaja nak taip apa yang dipelajari sem nieh...
huhu...
quite useful especially for teachers.

There are 7 teacher knowledge :

(1) Content knowlegde
Content knowledge is about knowing more about the subject that a teacher want to teach. Teacher must make sure that the subject/ topic have connections with other subject or topic. Content knowledge is divided by two which are substantive ( facts, principles, concepts, organized) and syntactics ( new knowledge).


(2) General pedagogical knowlegde
Pedagogical knowledge is divided by two which are specific and general. By pedagogical knowledge, teacher can choose or match the subject content with appropriate methods or strategies. We can say that general pedagogical knowledge is a principle/ strategies of the classroom management. Contain knowledge, belief and skills. Pedagogy is more about the subject itself where teacher must mastered the subject or topic in order to make sure the student can understand more about the subject or topic.
 


(3) Knowledge of curriculum
Knowledge of curruculum is a set of characteristics which are indiction and contradiction. From the lesson plan, knowledge of curriculum contain three learning which are learning domain, learning outcomes, and learning activities.


(4) Knowledge of learners
Before teach the students, teacher must know the knowledge of the learners to make sure how much they already know. Each students have their own learning styles. Some are imaginative learners, analytical learners, practical learners and dynamic learners.


(5) Pedagogical content knowledge (PCK)
PCK is a domain of knowlegde that was different from both knowledge of the content and general knowledge of teaching. There are three knowledge bases; which are content, pedagogical and contextual transform understanding to the instructional form. PCK involves interesting and meaningful representations, integration of ideas, clear examples, helpful analogies, important connections and relationships between various ideas.


(6) Knowledge of educational ends, purpose and values, and philoshopical and historical grounds

(7) Knowlegde of educational context
Knowledge of educational context is the knowledge of the school, classroom and all the setting. All about the local community, the school's environment and its culture, the education department's guidelines and student's backgrounds.

 Well, I just type till here only...All the info, I get it from the book with title " Teaching Mathematics in Secondary School" . The writer are Prof Madya Dr Noor Shah Saad and...( Sorry not remember)....
Well...that all for today....
bubye..

Saturday, August 29, 2009

Kau dan Aku

Ku sangkakan panas terik hingga ke petang,
Tanpa kusangka, titisan hujan melimpah di tengahari,
Rasa perit yang kian menghilang,
Kini datang menujah hati tanpa kusedari.

Mengapa harus ada yang membenci,
Pada jiwa  yang menghulurkan kasih suci,
Ketulusan hati yang tak terperi,
Membuah rasa iri hati.


Kau dan aku amat berbeda,
Seharusnya kita mampu sehaluan,
Namun engkau tidak seperti kusangka,
Mengenalimu adalah satu pengalaman yang menyakitkan.

Andai dapat ku undurkan masa,
Aku rela tiada kawan seperti engkau,
Aku bagimu hanyalah persinggahan sahaja,
Umpama alat untuk melampiaskan rasa hatimu.

Syukurku pada Tuhan Yang Maha Esa,
Hati ini tidak terlanjur sayang pada mu,
Walau sakit tetap kurasa,
Itu lebih baik dari aku terhina disisimu.

Thursday, August 27, 2009

Dari hati lahirnya kata-kata...

Katanya kita teman,
Tapi seringkali melukai,
Kejujuran kian menghakis,
Lalu masih temankah kita?

Hati dipendam segala rasa,
Umpama jeruk rasanya masam,
Kala hati tidak tertanggung,
Hilang segala ketulusan hati.

Dulunya kau aku serupa,
Aku mahu itu ini,
Kau pun mahu itu ini,
Kini tidak lagi kau dan aku.


Kau fikir kau hebat,Semuanya ada di genggamanmu,
Apa ku tahu tidak sehebat kamu,
Buat aku jelik dengan keangkuhanmu.


Kau mahu apa yang kau tahu,
Malangnya kau tidak tahu apa yang kau mahu,
Tidakkah kau pernah berfikir,
Apa kau tahu belum tentu apa yang kau mahu.


Kau dan aku bukan satu,
Angkuhmu tembok pergaduhan kita,
Kemuncak itu batas kesabaranku,
Biarlah masa jadi penentu tentang kita.

Tuesday, February 17, 2009

Di garisan ini

Di garisan ini
Kita sering terhenti-henti
Entah ke mana arah
Entah ke mana tuju
Sedangkan kita mengerti
Dalam perjalanan ini
Kita perlu berlari
Mengejar dan mencari
Siapa diri kita di sini
Namun apa yang pasti
Kita seringkali
Tergelincir jauh
Dalam pencarian ini
Di garisan ini
Seringkali juga kita menanti
Menanti sesuatu yang tak pasti
Tanpa kita sedari
Entah untuk apa puncanya
Sampai waktunya tiba
Kita pasti!
Ya, memang pasti!
Kita akan temui siapa kita
Dan siapa diri kita sebenarnya
Dan pada waktu itu
Kita akan membina diri kita
Membentuk identiti kita sendiri
Kerana kita tahu
Kita tak perlu menjadi mereka
Untuk kenali siapa kita

Ini nukilan sahabat lama...menyuntik perasaan ini yang telah lama meninggalkan dunia nukilan... tidak disangka cinta ini kekal segar di dalam hati ini...lantas jemari ini lancar menaipkan nukilan-nukilan lama di samping memikirkan sesuatu yang baru...

Nilai Persahabatan

Tatkala melihat gambar wajahmu dalam album milikku,aku teringat peristiwa lalu.Dikala itu aku dan dirimu bersahabat baik,ibarat kuku dan isi.Tiada rahsia di antara kita.Namun masa seakan mencemburui kemesraan yang terjalin dalam perhubungan kita,lantas antara kita sudah tidak seperti dahulu.Hubungan kita mulai renggang mengikut peredaran masa hingga mencetuskan pergaduhan.Aku sangkakan panas hingga ke petang,namun siapalah aku untuk menentukannya,hujan turun di tengah hari.
“Ira,Maria beritahu aku,semalam dia telefon Carl”
“Telefon Carl? Em.. biarlah lagipun tak ada undang-undang pun yang mengatakan aku boleh halang dia berkawan dengan orang lain.”
“Yalah tapi yang menggempakkan aku ialah Carl kata kau bukannya sesiapa pun dengan dia.Tak tahu lah betul atau tidak sebab aku tak dengar Carl cakap tapi itu yang Maria cakap dengan aku.Setahu aku,Ira, kau dengan Carl rapat lah juga,kawan baik kan jadi apa kes dia cakap macam itu dekat Maria?”
Hatiku bagai ditusuk sembilu. Aku tidak pernah menyangka kau sanggup mengetepikan persahabatan kita hanya kerana keinginan dirimu untuk didampingi oleh gadis lain.Memang aku tiada hak untuk menghalangmu berkawan dengan gadis lain namun kata-katamu kepada Maria ibarat aku yang terhegeh-hegeh untuk menjadi sahabatmu.Namun aku tidak cepat melatah lantas aku menanti penjelasan darimu apabila kita bertemu tetapi sikapmu yang tidak memandang serius terhadap masalah itu menyebabkan hubungan kita terputus pada petang itu.
Sejak peristiwa itu hatiku diselubungi perasaan benci padamu.Kini kau bukan lagi Khairil Izwan yang aku kenali dahulu.Masa berlalu begitu pantas hingga tak ku sedari hampir 6 bulan kita tidak bertegur sapa.Namun takdir menemukan kita semula pada 30 November dalam suatu perjumpaan yang tidak dirancang.Jauh di sudut hati, aku yakin bahawa kau tidak mungkin mengingati aku kerana kau mempunyai ramai pengganti tempatku lebih-lebih lagi kau mempunyai kelebihan yang diingini oleh kaumku.KACAK dan PANDAI .Khairil Izwan….menyebut dan mendengar namamu membuatku jelek.Mungkin kerana luka lama masih berdarah.Keyakinan aku terpadam apabila kau mengatur langkah ke arahku.
“ Ira,boleh saya bercakap dengan awak?”
“Nak cakap apa lagi?Tiada apa-apa untuk dikatakan antara kita.”
“Ada,Ira,ada.Saya minta maaf kerana melukai hati awak tapi Ira awak dah salah faham.Cerita itu hanya rekaan,Maria yang reka untuk merenggangkan hubungan kita. Awak kenal saya dah lama,awak yang lebih tahu tentang diri saya lagipun takkan saya nak musnahkan persahabatan yang kita jalin selama ini.Jadilah sahabat saya kembali,Ira. Kita mulakan persahabatan baru.Em.. saya pergi dulu.”
Tanpa aku sedari, mataku berkaca.Hanya kerana seorang gadis asing,aku telah melukakan perasaan kau,Carl,kawan baikku sendiri.Aku akan kembali sebagai sahabatmu
Carl.Maafkan aku,Carl.Maafkan aku…

Monday, February 16, 2009

2006

SERINGKALI KITA INGIN MENCAPAI BINTANG DI LANGIT

TANPA MENGUKUR KEUPAYAAN DIRI
JATUHNYA MAT JENIN DARI POKOK
KERNA MIMPI YANG SEKADAR ANGAN KOSONG
TEKADNYA HATI MEMBINA HARAPAN
DI ATAS DAHAN YANG REPUH
IMPIAN YANG DIIMPI SEUMPAMA MIMPI
PABILA HADIR JADI NYATA
LANTAS ERATNYA GENGGAMAN
ENGGAN DI LEPAS
TANPA USAHA DAN DOA
IAKAN BERLALU PERGI..

22 Dis 2005

Aku umpama burung yang terbang bebas di awan sedang di sudut hati ini aku terkurung di sangkar yang diliputi emas.. Umpama satu impian yang sukarnya menjadi kenyataan sekadar angan-angan yang mengisi waktu sebelum tidurku… Ikan yang berenang mengikut alunan sungai yang mengalir tidak berpenghujung.. Segala yang hadir diterima segala yang pergi direlakan dan redakah aku membiar ia berlalu terbang melepasi hati ini.. Ia pergi menepis muka hati ini menggoncang jiwa menggetarkan naluri insan biasa.. Bagai tercabut bila ia berlalu tapi tidakku tahan walau kuat ia mencengkam Cuma diri berdiri terkujur tiada nyawa.. Nafas yang menghembus ibarat angin yang sepoi-sepoi tiada makna tiada erti…. Hidup ini ibarat satu perjuangan yang tidak tentu penghujungnya.. Kalah dan menang satu percaturan yang buatku tertanya-tanya..Ragu dan takut menyelubungi hati yang kosong yang ingin diisi ingin dipenuhi dengan pelbagai rasa… Usia yang menginjak dari saat ke minit ke jam ke hari ke minggu ke bulan ke tahun dan berterusan… Usia yang bertambah menambahkan apa yang hadir membuka mata tentang segalanya yang mampu mengubah segala tafsiran tentang hidup ini.. Segala yang hadir diterima namun diri ini turut terubah seperti ubahnya hidup kita… Insan seperti kita hidup disusuli perasaan sayang dan kasih … Betapa kuatnya pengaruhnya takku tahu namun seusia ini baruku tahu kuatnya ia mampu ubah diri ini bukan setakat diri ini malah seluruh kehidupan ini dan orang-orang di sekeliling.. Rasa sakit bila diluka rasa bahagia bila bersama ketawa gembira.. Pelbagai lagi rasa yang ku r asa dewasa ini .. Cuma kadangkala aku rasa seperti ingin tercabut nyawa ini .. Bagai ingin terpisah roh dari jasad bila berkaitan dengan hati dan perasaan.. Tak termampu diri ini menanggung bebanan perasaan…Inginku tolak tapi tidakku daya kerna lahirnya ku di muka bumi ini sebagai Khalifah untuk mengharungi cabaran di dunia… Hati ini perlu kuat jasad ini perlu tabah dan jiwa ini perlu teguh… Sedihnya tak terkira bila ia berkaitan persahabatan, talian persaudaraan… Perit untukku menelan segala kepahitan tidak semudah menelan madu yang dituang.. Perlunya aku menahan seribu rasa berdiam dari berbicara kerna tak semua madu adalah madu dan tak semua racun adalah racun.. Bila kita menyayangi seseorang melihatnya bahagia umpama satu anugerah dan melihatnya bersedih umpama menikam hati yang luka… Menyayangi bukan bermakna memiliki dan merindui tak bermakna dirindui… Pengorbanan yang luhur dari hati umpama hadiah yang tak ternilai Cuma perlukah pengorbanan untuk orang yang tidak menghargai.. Seringku dengar belum cuba belum tahu.. Tidakkah semua itu sekadar pendorong tapi bukan menjamin.. Bukankah setiap apa yang kita buat penentu apa yang akan terjadi yang pasti hati ini… Jujurkah ia menyayangi Ikhlaskah ia melimpahkan rasa cinta.. Andai ia jujur dan ikhlas pastinya ia bersedia untuk mengharungi setiap apa yang akan hadir di depan.. Sekuat mana ia menghalang sekuat itu hati ini bertahan… Bak aloi yang keras tak terputus…
Syukurnya dapat ku luahkan segala rasa.Walau ia sekadar luahan namun akan ku teguhkan hati melihat dia bahagia di samping orang yang lebih dia perlukan dan akan ku cuba hidup bahagia tanpanya …..

Saturday, February 14, 2009

LOVE

What is love??
people nowadays sacrifice themselves when sayin bout luv..rather die if can`t be wif her/him...ridiculus...
ellow...kill urselves b`coz failin in luv...what a low think..i noe dis never happen to me..but think rational ok...huk3...fate already written...if u r not with dat person, mayb u will get sumone better 4 u...the more u sacrifice for relationship never mean u will get better ending...not all, ok...we juz giv n take..luving never mean u must spend all ur day n life wif her/him...u never knew may da person who spend life wif u till da end is sumone dat u never thought...i always thinkin diz way...i noe i might hurt sumone like this...but by thinkin dis way, i save my live from sufferin juz b`coz of luv..i want save him too...human luv are juz world fantasy...very interestin till can make me forget my God..i dun want this..i want my luv to God more than i luv human...dat luv never die..