CINTA ITU R & P
Cinta itu R = Racun
Kenapa ye?
Sbb cinta, mata buta melihat kebenaran.
Cinta juga menyebabkan kemusnahan...
Kerana cinta, sebuah keluarga menjadi musnah...
Kerana cinta, sebuah persahabatan menjadi retak...
Kerana cinta, segalanya menjadi tunggang terbalik...
Pernah ku dengar...
Cinta itu merosakkan sebuah keluarga...
Kerana adik terjatuh hati dengan abang ipar...
Kerana abang pernah bercinta dengan adik ipar...
Kerana ayah mencari pucuk muda...
Kerana ibu mengejar cinta di muda remaja....
Kerana cinta itu berlandaskan nafsu....
Pernah ku dengar....
Cinta itu meretakkan dan menjarakkan keeratan persahabatan...
Kerana rakanku mencintai kekasihku....
Kerana aku mencintai kekasih kawanku...
Kerana aku mencintai sahabatku yang juga kekasih teman rapatku....
Pernah ku dengar...
Cinta itu meracun seorang anak derhaka kepada ibu bapanya...
cinta itu menjatuhkan maruah seseorang manusia....
Apa-apa pun...
Cinta itu P= Penawar
Kenapa ye?
Tadi racun, sekarang penawar????
Kerana cinta, martabat seseorang boleh jadi tinggi...
Kerana cinta, manusia menemui kejayaan...
Kerana cinta, sebuah keluarga menjadi satu...
Kerana cinta, sebuah persahabatan menjadi mulia...
Kerana cinta, segalanya indah belaka...
Pernah ku dengar....
Cinta itu menyatukan keluarga...
Bagaimana???
Cinta seorang suami kepada isterinya....
Cinta suci seorang anak kepada ibubapanya....
Cinta-cinta itu mengharmonikan keluarga itu...
Cinta itu mengukuhkan rasa hormat di hati...
Cinta itu menyucikan keraguan dalam diri....
Pernah ku dengar....
Cinta itu mengukuhkan persahabatan....
Bagaimana???
Cinta seorang sahabat merelakan sahabatnya menemui kegembiraan...
Cinta sahabat dengan mengorbankan rasa pentingkan diri....
Cinta seorang sahabat yang inginkan segalanya sentiasa baik buat sahabat....
Cinta itu kerana cintanya sahabat buat sahabat....
Cinta jua menyebabkan manusia bukan sekadar manusia biasa...
Cinta menjadikan manusia sebagai insan....
Hakikatnya....
Cinta yang jua cinta penawar disebabkan....
Cintanya kita kerana Allah s.w.t.
Itula cinta yang benar-benar cinta agung....
wahhhhh , semua kerana CINTA :)
ReplyDelete