Tuesday, February 17, 2009

Nilai Persahabatan

Tatkala melihat gambar wajahmu dalam album milikku,aku teringat peristiwa lalu.Dikala itu aku dan dirimu bersahabat baik,ibarat kuku dan isi.Tiada rahsia di antara kita.Namun masa seakan mencemburui kemesraan yang terjalin dalam perhubungan kita,lantas antara kita sudah tidak seperti dahulu.Hubungan kita mulai renggang mengikut peredaran masa hingga mencetuskan pergaduhan.Aku sangkakan panas hingga ke petang,namun siapalah aku untuk menentukannya,hujan turun di tengah hari.
“Ira,Maria beritahu aku,semalam dia telefon Carl”
“Telefon Carl? Em.. biarlah lagipun tak ada undang-undang pun yang mengatakan aku boleh halang dia berkawan dengan orang lain.”
“Yalah tapi yang menggempakkan aku ialah Carl kata kau bukannya sesiapa pun dengan dia.Tak tahu lah betul atau tidak sebab aku tak dengar Carl cakap tapi itu yang Maria cakap dengan aku.Setahu aku,Ira, kau dengan Carl rapat lah juga,kawan baik kan jadi apa kes dia cakap macam itu dekat Maria?”
Hatiku bagai ditusuk sembilu. Aku tidak pernah menyangka kau sanggup mengetepikan persahabatan kita hanya kerana keinginan dirimu untuk didampingi oleh gadis lain.Memang aku tiada hak untuk menghalangmu berkawan dengan gadis lain namun kata-katamu kepada Maria ibarat aku yang terhegeh-hegeh untuk menjadi sahabatmu.Namun aku tidak cepat melatah lantas aku menanti penjelasan darimu apabila kita bertemu tetapi sikapmu yang tidak memandang serius terhadap masalah itu menyebabkan hubungan kita terputus pada petang itu.
Sejak peristiwa itu hatiku diselubungi perasaan benci padamu.Kini kau bukan lagi Khairil Izwan yang aku kenali dahulu.Masa berlalu begitu pantas hingga tak ku sedari hampir 6 bulan kita tidak bertegur sapa.Namun takdir menemukan kita semula pada 30 November dalam suatu perjumpaan yang tidak dirancang.Jauh di sudut hati, aku yakin bahawa kau tidak mungkin mengingati aku kerana kau mempunyai ramai pengganti tempatku lebih-lebih lagi kau mempunyai kelebihan yang diingini oleh kaumku.KACAK dan PANDAI .Khairil Izwan….menyebut dan mendengar namamu membuatku jelek.Mungkin kerana luka lama masih berdarah.Keyakinan aku terpadam apabila kau mengatur langkah ke arahku.
“ Ira,boleh saya bercakap dengan awak?”
“Nak cakap apa lagi?Tiada apa-apa untuk dikatakan antara kita.”
“Ada,Ira,ada.Saya minta maaf kerana melukai hati awak tapi Ira awak dah salah faham.Cerita itu hanya rekaan,Maria yang reka untuk merenggangkan hubungan kita. Awak kenal saya dah lama,awak yang lebih tahu tentang diri saya lagipun takkan saya nak musnahkan persahabatan yang kita jalin selama ini.Jadilah sahabat saya kembali,Ira. Kita mulakan persahabatan baru.Em.. saya pergi dulu.”
Tanpa aku sedari, mataku berkaca.Hanya kerana seorang gadis asing,aku telah melukakan perasaan kau,Carl,kawan baikku sendiri.Aku akan kembali sebagai sahabatmu
Carl.Maafkan aku,Carl.Maafkan aku…

No comments:

Post a Comment