Thursday, August 27, 2009

Dari hati lahirnya kata-kata...

Katanya kita teman,
Tapi seringkali melukai,
Kejujuran kian menghakis,
Lalu masih temankah kita?

Hati dipendam segala rasa,
Umpama jeruk rasanya masam,
Kala hati tidak tertanggung,
Hilang segala ketulusan hati.

Dulunya kau aku serupa,
Aku mahu itu ini,
Kau pun mahu itu ini,
Kini tidak lagi kau dan aku.


Kau fikir kau hebat,Semuanya ada di genggamanmu,
Apa ku tahu tidak sehebat kamu,
Buat aku jelik dengan keangkuhanmu.


Kau mahu apa yang kau tahu,
Malangnya kau tidak tahu apa yang kau mahu,
Tidakkah kau pernah berfikir,
Apa kau tahu belum tentu apa yang kau mahu.


Kau dan aku bukan satu,
Angkuhmu tembok pergaduhan kita,
Kemuncak itu batas kesabaranku,
Biarlah masa jadi penentu tentang kita.

No comments:

Post a Comment